Wednesday, September 30, 2009

pekerja ladang teh..


ladang teh..nyaman...

Keistimewaan...
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang melayu yang pertama di Cameron Highland, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan Homestay untuk para pengunjung. Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highland, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang. Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

monyet-monyet Teluk Chempedak..

Kalu jalan-jalan di sepanjang jambatan kt Teluk Cempedak ni jgn lupa bawa bekalan...
mcm kacang, pisang, roti..ape2 je lah yg boleh 'dikongsi' bersama monyet2 di cni..
monyet2 kt cni baik woo....tak usik org pon..
depa ni kuat makan..dan ramai pulak 2..tak terlayan rasenyer...
hehehe;-)

bestnyerrr.......


teluk Chempedak..

Pantai Teluk Cempedak ni salah satu tarikan yg terdapat d Ngri Pahang..pantai die best..
sesak ng pengunjung..pantai pon terpelihara...cantik..bersih...
mmg seronok la mkn angin kat cni..
mcm2 aktvt yg kiter leh buat kat cni..berkayak..main layang2..bola tampar pantai..
dan aktvt bebas yg pengunjung boleh create sendiri...hehehe;-)

Monday, September 28, 2009

jambatan gantung..canopy


Untuk aktiviti pulak, ada macam2 aktiviti kat sini..antaranya
-Canopy Walkway (jambatan gantung)
-Night Jungle Walk
-Rapid Shooting (Jeram)
-Melawat Kampung Orang Asli
-Night Safaridan sebagainya lagi..
setiap aktiviti dikenakan bayaran SERENDAH RM 40 seorang termasuk bayaran bot, tourist guide,dan kenderaan dari tempat penginapan ke Entry Point.Untuk masuk ke tempat aktiviti tersebut, perlu bayar permit RM 1 seorangserta RM 5 satu kamera untuk permit kamera. Bayaran untuk permit hanya SEKALI BAYAR SAHAJA. Dan,kena bawa setiap kali menyertai aktiviti.

Resort..




ini pula gambar pemandangan sekitar Kuala Lumpur yang sempat saya ambil. Sesiapa yang tak sempat nak naik Eye on Malaysia masa kat KL aritu, boleh la datang ke Melaka pulak. Sambil jalan-jalan di bandaraya bersejarah tu, leh la berpeluang naik Eye on Malaysia. Kat Malaysia ni banyak lagi tempat-tempat yang menarik boleh kita lawati. jemputla explore blog ini lagi untuk dapatkan idea-idea tempat-tempat yang boleh kita lawati dan kami berbesar hati dapat berkongsi pengalaman dengan anda semua.


lokasi Taman Negara


Sunday, September 27, 2009

Taman Negara Pahang

taman yang terbesar di Malaysia, terletaknya di selatan negeri Pahang. Ia mengandungi banyak binatang terancam ataupun binatang yang jarang dijumpai seperti cipan, kancil, harimau dan harimau bintang.
Hutan hujan merangkumi dua pertiga kawasan negeri ini, dan
Gunung Tahan yang merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara. Oleh sebab ia terletak berdekatan khatulistiwa, hutan hujan di Malaysia adalah yang tertua di dunia: lebih kurang 130 juta tahun.

Penginapan..


Tempat Penginapan yg disyorkan:
Salang Beach Resort : 07-7992337 (Mersing Office)

Japamala Resort : 09-4197777

Berjaya Tioman : 09-4191000

Paya Beach Resort : 09-4197073



Gambar ini diambil semasa berada dipuncak bulatan Eye on Malaysia tu. Dibelakang saya tu pemandangan sekitar Kuala Lumpur.

sunset di Pulau Tioman

sesekali kalu p Pulau Tioman jgn la lepaskn peluang menikmati sunset kat sane..
cantikkkk sgt2...
buat setakat ni yg aku tau kat cni la sunset tercantik yg pernah aku tengok...
Subhanallah..


Ada masa2 tertentu utk pergi ke pulau yg mempunyai keluasan 133.6 KM persegi ini. Bulan Oktober hingga bulan Februari adalah tempoh masa yg kurang sesuai utk ke Pulau Tioman. Waktu tu adalah musim tengkujuh yg mana ombak di sekitar Pulau Tioman amat berbahaya. Satu pengalaman berharga yg aku alami di mana aku pulang pada hari pertama musim Tengkujuh. Maka terasalah, ombak yg amat kuat walaupun ferry yg membawa aku tu besar. Jadi, waktu yg sesuai utk anda menikmati keindahan Pulau Tioman adalah dari Mac hingga September.

The Eye on Malaysia



The Eye on Malaysia Ferris wheel terletak di Taman Tasik Titiwangsa (Kuala Lumpur) akan terbuka untuk umum hingga 31 Disember 2008.

Sempena kempen “Visit Malaysia 2007”, sesiapa yang menaiki The Eye on Malaysia yang boleh memuat tumpangan di 42 gondola akan dapat melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur selama 12-minit perjalanan.

Dah lama saya teringin nak naik Eye on Malaysia tu..dan akhirnya dapat jugak naik dengan family. Tu pon abang yang belanja..hehe. kami naik tu betol-betol hari terakhir The Eye on Malaysia di Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Melaka iaitu pada 31 Ogos 2008. ini adalah pengalaman yang bermakna jugakla. Best dapat naik. Mula-mula tu gayat jugak la. Rasa macam nak roboh je sebab gondola tu bergoyang-goyang. Cuba bayangkan anda kene gantung atas tali, camtula mula-mula rasa naik Eye on Malaysia tu.. tapi lama-lama rasa best pulak, rasa cam tak nak turun je. Kalau dapat naik malam lagi best sebab kita boleh tengok bandaraya Kuala Lumpur yang disimbah cahaya lampu yang berkilauan dan gemerlapan.

Pulau Tioman



Pulau Tioman merupakan pulau yg terbesar di pantai timur Malaysia. Pulau Tioman terletak 32 KM dari arah Mersing dan 80 KM dari arah Rompin. Nyaman, tenang, menghirup udara segar, sunyi dari hiruk pikuk manusia, pulau yg indah dan hidupan2 laut yg masih terpelihara merupakan kata2 yg menggambarkan keistimewaan Pulau Tioman yg mana Pulau Tioman merupakan 10 pulau tercantik di dunia.

damainya...

kije..kije..kijeee..
jgn gitu....rehatkan badan, tenangkan minda...
mari makan angin bersama family atau member2..
sekitar pantai Teluk Chempedak kat Kuantan Pahang..
pantai die best..ramai org..
mcm2 leh buat kat cni..paling best main layang2..