Sunday, September 27, 2009

The Eye on Malaysia



The Eye on Malaysia Ferris wheel terletak di Taman Tasik Titiwangsa (Kuala Lumpur) akan terbuka untuk umum hingga 31 Disember 2008.

Sempena kempen “Visit Malaysia 2007”, sesiapa yang menaiki The Eye on Malaysia yang boleh memuat tumpangan di 42 gondola akan dapat melihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur selama 12-minit perjalanan.

Dah lama saya teringin nak naik Eye on Malaysia tu..dan akhirnya dapat jugak naik dengan family. Tu pon abang yang belanja..hehe. kami naik tu betol-betol hari terakhir The Eye on Malaysia di Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Melaka iaitu pada 31 Ogos 2008. ini adalah pengalaman yang bermakna jugakla. Best dapat naik. Mula-mula tu gayat jugak la. Rasa macam nak roboh je sebab gondola tu bergoyang-goyang. Cuba bayangkan anda kene gantung atas tali, camtula mula-mula rasa naik Eye on Malaysia tu.. tapi lama-lama rasa best pulak, rasa cam tak nak turun je. Kalau dapat naik malam lagi best sebab kita boleh tengok bandaraya Kuala Lumpur yang disimbah cahaya lampu yang berkilauan dan gemerlapan.

No comments:

Post a Comment