Monday, October 12, 2009

Kota A’Famosa (Porta de Santiago)


Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.
Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.

Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana “ANNO 1670” boleh dilihat pada pintu gerbang itu.

macam-macam jenis sayur&buah

Selain sayur-sayuran, buah-buahan pun ada. Jgn ketinggalan untuk mencuba segala jenis buah yang ada kat situ. Hehehe... nt kalu tak cuba pasti nyesal..

wowww..........

Bile smpi kat Tanah Tinggi Cameron Highland, pantang tengok pokok-pokok bunga kat situ. rasa macam nak borong semua. Tambah-tambah pulak bila tengok pokok kaktus yang pelbagai warna tu.

Friday, October 2, 2009

Langkawi..

Memperkatakan tentang keindahan alam semula jadi, aset penting yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong khususnya dari luar negara ialah Taman Laut Pulau Payar yang terletak kira-kira 19 batu nautika di selatan Langkawi. Pada tahun lalu sahaja kira-kira 100,000 orang telah mengunjungi taman laut ini dengan 70 peratus daripada mereka dari luar negara. Levi yang dikenakan sejak awal tahun lalu oleh Jabatan Perikanan bagi menampung kos menguruskan taman laut sejak tahun lalu, nampaknya tidak menjadi penghalang.

Pemandangan indah Gunung Ledang

Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauh Greece dan China. Nama `Ophir' itu sendiri dikatakan berasal dari bahasa Ibrani. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud 'Gunung Emas' (Golden Mountain). Satu sumber lain mengatakan bahawa Jawa ketika pemerintahan empayar Majapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh'.

Lokasi Gunung Ledang Johor

peta menunjukan lokasi terletaknya kedudukan Gunung Ledang di Negeri Johor, yg mana gunung ini terletak di antara sempadan Muar dan Melaka...Gunung Ledang juga antara gunung yg menjadi tumpuan para pendaki gunung dari seluruh pelusuk dunia...kerana ia merupakan gunung yg ke-64 tertinggi di Malaysia...

Pemandangan indah Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia yang ketinggiannya mencecah 4,095meter dari aras laut.[1] Gunung Kinabalu juga merupakan gunung keenam tertinggi di Asia Tenggara. [2] di belakang Hkakabo Razidi Myanmar (5881 m), Puncak Jaya(4884 meter),Puncak Trikora(4730 meter),Puncak Mandala(4700meter)dan Puncak Yamin(4595 meter) di Indonesia.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania".[3] Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia