Thursday, October 1, 2009

sedapnyer stawberi kat cni..


Industri tanaman strawberi di sini seluas 30 hektar kini dapat menghasilkan nilai pengeluaran bernilai RM70 juta setahun, dengan kualiti buah yang lebih besar dan sedap. Jika dahulu buah strawberi yang dihasilkan di sini agak kecil dan rasanya agak masam, tetapi kini tidak lagi apabila saiz buahnya semakin besar manakala rasanya lebih sedap dan manis. Malah saya berani katakan standard buah strawberi yang dihasilkan di sini hampir setanding dengan strawberi import dan ini terbukti apabila buah strawberi di sini mula dieksport ke Singapura, industri strawberi tempatan dijangka berkembang dengan lebih pesat menerusi aktiviti hiliran yang sedang diusahakan pihak kementerian seperti menghasilkan produk berasaskan strawberi seperti jem, acar, halwa, ais krim, teh, minuman dan strawberi kering.

No comments:

Post a Comment