Friday, October 2, 2009

Bunga Refflesia

bunga ini juga dikenal sebagai bunga pakma... agak pelik juga bunyinya tp menarik. Bunga ni adalah sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesiesRafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.

No comments:

Post a Comment