Monday, October 12, 2009

Kota A’Famosa (Porta de Santiago)


Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.
Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.

Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana “ANNO 1670” boleh dilihat pada pintu gerbang itu.

macam-macam jenis sayur&buah

Selain sayur-sayuran, buah-buahan pun ada. Jgn ketinggalan untuk mencuba segala jenis buah yang ada kat situ. Hehehe... nt kalu tak cuba pasti nyesal..

wowww..........

Bile smpi kat Tanah Tinggi Cameron Highland, pantang tengok pokok-pokok bunga kat situ. rasa macam nak borong semua. Tambah-tambah pulak bila tengok pokok kaktus yang pelbagai warna tu.

Friday, October 2, 2009

Langkawi..

Memperkatakan tentang keindahan alam semula jadi, aset penting yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong khususnya dari luar negara ialah Taman Laut Pulau Payar yang terletak kira-kira 19 batu nautika di selatan Langkawi. Pada tahun lalu sahaja kira-kira 100,000 orang telah mengunjungi taman laut ini dengan 70 peratus daripada mereka dari luar negara. Levi yang dikenakan sejak awal tahun lalu oleh Jabatan Perikanan bagi menampung kos menguruskan taman laut sejak tahun lalu, nampaknya tidak menjadi penghalang.

Pemandangan indah Gunung Ledang

Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauh Greece dan China. Nama `Ophir' itu sendiri dikatakan berasal dari bahasa Ibrani. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud 'Gunung Emas' (Golden Mountain). Satu sumber lain mengatakan bahawa Jawa ketika pemerintahan empayar Majapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh'.

Lokasi Gunung Ledang Johor

peta menunjukan lokasi terletaknya kedudukan Gunung Ledang di Negeri Johor, yg mana gunung ini terletak di antara sempadan Muar dan Melaka...Gunung Ledang juga antara gunung yg menjadi tumpuan para pendaki gunung dari seluruh pelusuk dunia...kerana ia merupakan gunung yg ke-64 tertinggi di Malaysia...

Pemandangan indah Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia yang ketinggiannya mencecah 4,095meter dari aras laut.[1] Gunung Kinabalu juga merupakan gunung keenam tertinggi di Asia Tenggara. [2] di belakang Hkakabo Razidi Myanmar (5881 m), Puncak Jaya(4884 meter),Puncak Trikora(4730 meter),Puncak Mandala(4700meter)dan Puncak Yamin(4595 meter) di Indonesia.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania".[3] Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia

Bunga Refflesia

bunga ini juga dikenal sebagai bunga pakma... agak pelik juga bunyinya tp menarik. Bunga ni adalah sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesiesRafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.

Gunung Kinabalu, Sabah


Sekayu, Terengganu


Pulau Perhentian Terengganu


Mengamati Orang Utan Dari Dekat Di Sepilok

Pernahkah anda melihat orang utan dari dekat di habitat semulajadinya? Pengalaman pertama mendekati orang utan mungkin menakutkan tetapi bertukar seronok apabila menyaksikan telatahnya....
Mengikut kajian oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan pada 2004, terdapat kira-kira 13,000 orang utan di Sabah..

sepilok sabah

Memandangkan habitatnya semakin terancam kerana pembalakan, pusat ini berperanan besar dalam memastikan survival haiwan ini.Di sini, bukan sahaja orang utan yang dipulihara malahan habitatnya...
pusat ini juga membantu memulihkan orang utan yang menjadi haiwan peliharaan dan mengembalikannya kepada habitat semulajadi apabila masanya sesuai.Selain itu pusat berkenaan juga berusaha menyelamat dan mengembalikan semula ke dalam hutan anak orang utan yang terpisah daripada ibunya, kata beliau semasa lawatan itu...
Oleh kerana pusat ini terletak di pinggir hutan simpan Kabili-Sepilok, lebih kurang 25km dari bandar Sandakan, pengunjung juga boleh melihat pelbagai jenis flora seperti pokok bunga, pokok kayu dipterokap dan pokok buah-buahan liar

orang utan Sepilok


Pool@Langkawi


Kota Tinggi, Johor


Sungai Gabai, Selangor


Cameron Highland Pahang


Thursday, October 1, 2009

orang utan

Di hutan simpan ini juga terdapat 217 spesies burung, 70 spesies mamalia dan sekurang-kurangnya 400 spesies pokok kayu. Pelawat juga berpeluang melihat binatang lain yang dilindungi seperti kelawar, kera, beruang, kucing hutan dan buaya yang hidup bebas di pusat ini.

Restaurant


Eye on Melaka


Beca Tradisional..


bagi sesiapa yg tak penah n tiada pengalaman naik beca..datang lah ke Melaka..
kat cni terdapat pelbagai jenis beca lama n baru tok dinaiki..kalu penat nk jalan2 sekitar bandar melaka..naik jer beca..tambang pon berpatutan..so, bolehlah menikmati keistimewaan bandar Melaka dengan lebih dekat ag..cz boleh sembang2 ng pak cik bawa beca 2..dieorg ni bnyak tau cerita2 sal bandar Melaka..org sejarah la kan..hehehe;-)

perigi Hang Tuah


Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong dikatakan digali oleh Hang Tuah untuk kegunaannya sendiri semasa beliau membesar di kampung tersebut.
Pada asalnya perigi ini adalah kecil, tetapi lama-kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak kering, walaupun di musim kemarau dan airnya dikatakan sentiasa jernih dan dapat menyembuhkan penyakit.

Ada juga cerita bahawa perigi ini tempat tinggal roh Hang Tuah yang menjelma sebagai seekor buaya putih. Ia dikatakan bahawa orang biasa tidak dapat melihat buaya ini dan hanya orang-orang alim sahaja yang dapat melihat jelmaan ini.

Peta Melaka

ini pulak peta bg kedudukan Melaka dalam peta Malaysia..tp, bg mereka yg tak penah p Melaka kdg2 boleh jugak sesak cz walaupon bandar/negeri nya kecil...tp jalan nya agak confius ar.. nk pulak kalu kat bandar Melaka 2..kadg2 boleh sesat 2jam tau..tp ok jugak kalu sesat cz dapat tengok Melaka puas2...heheheh

Sultanate palace Melaka

Melaka terkenal dengan sejarah, warisan budaya dan seni yang telah berakar umbi di sini sejak 600 tahun yang lampau. Kekayaan kebudayaan Melaka yang terdiri daripada berbilang kaum serta suasana keharmonian masyarakat Melaka yang terjalin hasil daripada persefahaman dan usaha kita semua, sememangnya mempesonakan orang asing apabila mereka melawat ke sini. Pada abad ke-16, Negeri Melaka masyhur kerana kedudukannya yang strategik yang menjadikannya sebagai sebuah pusat perdagangan yang terkemuka.
Dengan fakta sejarah yang bermula sejak kurun ke-14, Melaka sememangnya merupakan satu destinasi yang sesuai untuk pengemar sejarah. Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan peninggalan sejarah, Melaka mempunyai kelebihan berbanding negeri lain di Malaysia memandangkan semua mengenai Malaysia dikatakan telah bermula di sini. Penaklukan Melaka oleh kuasa asing, terutamanya Portugis, Belanda dan Inggeris, telah mewujudkan satu identiti Melaka yang unik yang kebanyakannya masih boleh dilihat pada hari ini. Banyak peninggalan sejarah dari zaman penjajahan kuasa besar ini masih gagah berdiri sebagai membuktikan kekayaan sejarah silam Melaka.

Cameron Highland




segarnyeeee..

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Bunga-bungaan yg segar2 belaka...


sedapnyer stawberi kat cni..


Industri tanaman strawberi di sini seluas 30 hektar kini dapat menghasilkan nilai pengeluaran bernilai RM70 juta setahun, dengan kualiti buah yang lebih besar dan sedap. Jika dahulu buah strawberi yang dihasilkan di sini agak kecil dan rasanya agak masam, tetapi kini tidak lagi apabila saiz buahnya semakin besar manakala rasanya lebih sedap dan manis. Malah saya berani katakan standard buah strawberi yang dihasilkan di sini hampir setanding dengan strawberi import dan ini terbukti apabila buah strawberi di sini mula dieksport ke Singapura, industri strawberi tempatan dijangka berkembang dengan lebih pesat menerusi aktiviti hiliran yang sedang diusahakan pihak kementerian seperti menghasilkan produk berasaskan strawberi seperti jem, acar, halwa, ais krim, teh, minuman dan strawberi kering.