Friday, October 2, 2009

Pemandangan indah Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia yang ketinggiannya mencecah 4,095meter dari aras laut.[1] Gunung Kinabalu juga merupakan gunung keenam tertinggi di Asia Tenggara. [2] di belakang Hkakabo Razidi Myanmar (5881 m), Puncak Jaya(4884 meter),Puncak Trikora(4730 meter),Puncak Mandala(4700meter)dan Puncak Yamin(4595 meter) di Indonesia.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania".[3] Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia

No comments:

Post a Comment